Keletihan akibat pandemik

Keletihan akibat pandemik atau pandemic fatigue (COVID fatigue) ialah satu keadaan di mana seseorang letih akan ketidakpastian bila berakhirnya pandemik sehingga mulai tidak mematuhi protokol kesihatan untuk pencegahan penyebaran koronavirus.[1] Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keletihan akan pandemik COVID-19 ialah hal yang wajar. Bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan tidak berkumpul dengan keluarga atau rakan untuk waktu yang lama kerana pandemik ialah perkara yang merumitkan. WHO mengatakan semua orang harus bertahan dan tetap mematuhi protokol kesihatan sehingga vaksin atau rawatan berkesan ditemui untuk virus COVID-19.[2]